Sekarang mood tengah rajin nak tulis sesuatu dalam blog ni hehe..Mengimbas kembali beberapa hari yang lalu misi untuk membawa anak ke Zoo Johor ini semuanya disebabkan si kecil ni mahu ikut rombongan sekolah untuk melawat Zoo Johor tu dan nak dijadikan cerita ibu & ayah x dapat nak bagi anak untuk mengikuti rombongan sekolahnya so mau atau tidak kenala bawa dia untuk sempurnakan permintaan.. Syahdula plak tetiba erm...
Sebelum sampai kesana puas jugaklah bertanya kawan2 nak tau arah jalan maklumlah bukan orang johor kan kenala banyak bertanya ye tak..So kami pun anak beranak pergilah ke Zoo Johor tu jumpa juga akhirnya manusia pertama paling seronok tula sapa lagi Qaseh la kan ibu & ayah ikut jelah mana nak pergi lenguh jugala kaki nak menapak dalam zoo tu hahaha kurang lemak2 aku 20% jangan jealous na hahaha.
Ha inilah bukti yang kami dah sampai sana tapi apa yang paling mengujakan akula kan dapat tengok unta secara depan mata orang putih kata *face to face* hahaha lawak nak tgk tak gambar unta kat zoo tu erm tengok kat bawah na..
Ha itula untanya comelkan cam tengah gaduh jek seekor ke kanan seekor ke kiri yang kami 2 beranak ni dah cuak takut je unta tu gigit kepala maklulah unta lapar hahaha..tapi alhamdulillah semua ok rasa best la plak nak amik gambar..
Ha!! yang ni Qaseh tengah naik atas kuda kecik memang khas tuk kanak2 nak naik kena bayar rm4 tuk jalan lurus je depan kebelakang, rm6 dia bawa ppusing ckit, rm10 ha dia bawa jauh ckit pilihla ikut citarasa ye..
Yang ni dah nak balik dah setelah penat berjalan amik gambar dulu n pose kat depan pintu masuk..Alhamdulillah tercapai jg hajat anakku nk g zoo sekaligus dapat tau jg jalan2 kat JB ni hehe...
Okla ni jela cite imbas kembali ku yang x seberapa ni ye in sha Allah nant akan ada cerita2 seterusnya menyusul.
salam sayang
Pn. Fajilah




Tiada ulasan:
Catat Ulasan