Air Kosong Untuk Tubuh Anda
Air merupakan salah satu keperluan di dalam tubuh badan kita. Badan kita terdiri daripada 60% air manakala otak pula mengandungi 75% air. Pengambilan air kosong yang mencukupi dan konsisten akan membekal sumber meneral terpenting dalam keseimbangan tubuh badan kita. Air Kosong juga mengandungi dua kompenen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen. Air diperolehi daripada minuman (47 peratus) , makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus). Oleh itu marilah kita baca info berkaitan air kosong untuk tubuh badan. Semoga ia bermakna untuk anda semua.
Antara kelebihan air kosong ialah:
- Air dapat membantu menstabilkan suhu badan
- Membantu melembabkan udara dalam paru-paru
- Membantu meningkatkan kadar metabolisme
- Membantu menjaga organ-organ
- Membantu mengangkat nutrisi dan oksigen ke dalam sel
- Air dapat mengurangkan bebanan kerja yang dilakukan oleh buah pinggang
- Air mampu mengurangkan stress
- Membantu mencegah hidrasi
- Mencantikkan kulit muka
- Tubuh badan menjadi segar
Tanda-tanda tubuh badan anda kekurangan air kosong ialah:
- Keletihan
- Mulut menjadi kering
- Rasa sakit ketika membuang air kecil
- Sembelit
- Sakit kepala
- Berat badan bertambah
- Sakit otot
- Emosi tidak stabil
- Kulit tidak anjal
Minum air kosong pada waktu yang sesuai akan memberi kesan yang positif kepada tubuh badan ialah:
- Minum 2 gelas air kosong setelah bangun tidur akan membantu menguatkan organ dalaman
- Minum 1 gelas air kosong 30 minit sebelum makan akan membantu proses penghadaman
- Minum 1 gelas air kosong sebelum mandi akan membantu menurunkan tekanan darah
- Minum 1 gelas air sebelum tidur dapat membantu mengelakkan terkena serangan angin ahmar dan sakit jantung
Tubuh Badan kehilangan air melalui:
- Pernafasan (1 gelas air atau 14 peratus)
- Air kencing ( 5 1/2 air atau 50 peratus)
- Peluh (2 gelas air atau 34 peratus)
- Najis ( 1/2 gelas air 2 peratus)
Oleh itu perbanyakkanlah minum air kosong agar tubuh kekal sihat dan bertenaga.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan