Pemakanan Sihat
Anti
Penuaan
Collagen Powder
Untuk kulit yang tampil lebih muda dan lebih sihat
Kod Produk:11000
(15 sachets)
Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang
mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang
tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee
mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya
mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.
Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan
dalaman anda, produk kolagen kami dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk
ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak
kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam
makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket
berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
* Berat molekul kolagen diukur dalam Dalton.
Vivix®
Penemuan Revolusioner oleh Shaklee
Kod Produk:10320
(150ml)
Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam
bidang khasiat pemakanan polifenol.
Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum
Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan
polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan
kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.
* Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara
klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.
Nutrisi Penting
Alfalfa Complex
Sumber Nutrien & Klorofil Asli
Kod Produk:10159
(330 tablet), 10162 (700 tablet)
Alfalfa ialah tumbuhan yang padat dengan segala jenis nutrien. Akar
tunjangnya tumbuh sedalam enam meter bagi menyerap pelbagai nutrien dan mineral
daripada mendapan di dalam tanah, manakala daunnya pula mengumpulkan tahap
klorofil yang tinggi melalui proses fotosintesis semula jadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus
dan zat besi. Alfalfa Complex merupakan salah satu Formula Unik Shaklee yang
mula dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an.
- Sumber
alfalfa semula jadi
- Tablet
boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan
minuman herba asli.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko
menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka
sebelum mengambil produk ini. Jika anda hamil atau menyusukan anak, sila
dapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda terlebih
dahulu.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik
Kod Produk:10164
(120 tablet)
Adakah anda mendapat bekalan vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian,
tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah ubat preskripsi boleh
mengurangkan bekalan vitamin B anda. Oleh yang demikian, vitamin B perlu
dititik beratkan sebagai komponen asas dalam sesebuah diet yang seimbang.
Spektrum B Penuh dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan kesemua lapan jenis vitamin B untuk
mengekalkan kesihatan yang sempurna.
- B1,
B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu tubuh memetabolismekan
protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
- Asid
folikdan B12 menyokong pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh
- Paras
asid folik yang mencukupi dalam diet dapat mencegah kecacatan tiub neural
bagi wanita yang merancang untuk hamil, sebelum hamil dan dalam 12 minggu
pertama kehamilan dengan dos harian sebanyak 400 mcg*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Kod Produk:10621
(90 tablet)
Vitamin C memainkan peranan penting dalam mengekalkan kandungan antioksidan
semula jadi tubuh. Selain itu, ia juga amat diperlukan untuk menyihatkan
tulang, gigi, gusi dan keseluruhan tubuh secara amnya.
Vitamin C tambahan diperlukan oleh wanita hamil dan ibu yang sedang
menyusukan bayi kerana diet sahaja tidak dapat memberikan tahap vitamin C yang
mencukupi.
Chewable Vita-C dirumus dengan perisa sitrus yang lazat dan membekalkan
vitamin C yang bersamaan dengan 1½ buah oren. Ia sesuai untuk kanak-kanak atau
sesiapa sahaja yang menghadapi masalah untuk menelan tablet.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti
tinggi daripada tumbuhan
Kod Produk:11003
(850g)
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14
gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino
penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga
mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
- Menyediakan
sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
- Mengandungi
lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta
isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu
menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
- Protein
soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau
Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga
pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan
terkawal
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Kod Produk:10163
(180 kapsul
)
Lesitin soya ialah sumber utama kolina, salah satu komponen pengutus
saraf asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej dalam otak dan sistem
saraf.
Lecithin Shaklee diperoleh secara semula jadi daripada kacang soya.
Setiap sofgel mengandungi 530mg lesitin.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari
Kod Produk:10104
(180 tablet)
Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling tepat yang mampu
bertindak sepanjang hari bagi membekalkan semula vitamin C yang hilang daripada
tubuh disebabkan oleh aktiviti harian.
Sustained Release Vita-C 500mg dengan rumusan serba semula jadi ini
memenuhi keperluan vitamin C tubuh, serta amat penting untuk menyihatkan
tulang, gigi, gusi dan seluruh tubuh secara amnya.*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Kod Produk:10112
(120 kapsul)
Vita-E Complex® mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada
minyak sayuran serta selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E.
Setiap kapsul sofgel menyediakan:
- 400IU
vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium.
- Membantu
mengekalkan kesihatan yang baik
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Multivitamin & Multimineral
Kod Produk:10131
(120 tablet)
Kepelbagaian yang Menakjubkan
Sains terbaik Shaklee menghasilkan salah satu suplemen yang paling
komprehensif dan seimbang yang mampu anda miliki. Vita-Lea dirumus khas bagi
memenuhi keperluan terhadap 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh
orang dewasa.
Apabila Diambil Setiap Hari, Vita-Lea:
- Membantu
mengekalkan kesihatan yang sempurna*
- Mengandungi
beta karotena yang bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan, memelihara
penglihatan dan menjanakan semula tisu.
- Membekalkan
kalsium, fosforus serta vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi
- Biotin
dan asid pantotenik menyokong metabolisme lemak dan karbohidrat
- Vitamin
B12 merangsang pembentukan sel-sel darah merah*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko
menghidap lupus eritematosussistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka
sebelum mengambil produk ini.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Kod Produk:11009
(120 tablet)
Zink ialah mineral penting yang terkandung dalam setiap sel tubuh kita.
Ia mengaktifkan tindakan hampir100 jenis enzim, iaitu bahan-bahan pencetus
tindak balas biokimia dalam tubuh anda.
Menyokong dan Mengekalkan Kesihatan
Zink Complex Shaklee membekalkan zink, bahan utama untuk kesihatan yang
sempurna dan amat diperlukan untuk metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.
Zinc Complex juga merupakan sumber kalsium yang berkualiti untuk kesihatan
keseluruhan badan anda.*
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko
menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka
sebelum mengambil produk ini.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Antioksidan
Rumusan Enam Karotenoid Paling Berkhasiat
Kod Produk:10113
(30 capsules)
Carotomax® ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin,
beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa
karotenoid serba lengkap. Makanan harian anda sahaja tidak mencukupi untuk
membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini!
Carotomax® mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah sawit dan alga
dunaliellasalina.
- Mengekalkan
kesihatan yang baik
- Membantu
menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang
perkembangan tisu*
- Memelihara
kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa
- Tidak
mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Kesihatan
Tulang
Mengaktifkan pergerakan dan kelancaran sendi
Kod Produk:11004
(60 tablets)
Shaklee Joint Health Tablet:
- Ialah
formula proprietari yang menampilkan gabungan bahan-bahan yang sangat
efektif dan terbukti berkesan untuk menyokong pergerakan, fleksibiliti dan
fungsi sendi yang sihat
- Diperbuat
daripada bahan yang bertindak pantas untuk membekalkan khasiat pemakanan
kepada sendi
- Mengandungi
rumusan berpaten yang terdiri daripada ekstrak Boswellia dan Ekstrak
Jagung serta nutrien penting lain termasuk Zink, Kuprum, Mangan dan
Vitamin C untuk memberikan keselesaan dan melancarkan semula pergerakan
sendi
- Shaklee
Joint Health Tablet adalah 100% rumusan vegetarian yang hanya berasaskan
tumbuhan dan mineral.
Kod Produk:10128
(120 caplets)
Tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia membina kerangka
tubuh, menyokong berat badan serta melindungi organ-organ utama seperti
paru-paru, jantung, hati dan buah pinggang; selain membolehkan kita
menggerakkan otot dan tubuh dengan bebas. Mengekalkan kesihatan tulang yang optimum
adalah amat penting untuk mengecapi kesihatan keseluruhan yang sempurna.
Bukan Sekadar Kalsium
OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam
pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium,
vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan
kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang
mudah ditelan.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Kesihatan
Jantung
Kod Produk:Product
Code: 10121 (30 kapsul)
CoQHealth™ Plus menampilkan adunan proprietari serba semula jadi iaitu
28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul minyak kacang
soya bagi pelarutan maksimum untuk penyerapan dan ketersediaan bio yang lebih
baik.
CoQ10 telah terbukti mampu:
- Merangsang
penghasilan tenaga jantung
- Menyihatkan
dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
- Melancarkan
peredaran darah
- Membantu
meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
Help to replenish and maintain CoQ10 levels in the blood
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Kod Produk:10127
(120 tablet)
Alisin merupakan sebatian aktif daripada bawang putih yang menyumbang
kepada pelbagai manfaat kesihatannya. Alisin tidak terdapat di dalam bawang
putih“biasa” – ia dihasilkan apabila bawang putih dihiris halus atau
dihancurkan.
Bawang putih telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan
batuk, demam selesema dan melancarkan peredaran darah.*
Setiap tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500 mg bawang putih.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Kod Produk:10236
(90 capsules)
Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid
lemak omega 3 daripada ikan laut dalam. DHA dan EPA perlu diperoleh melalui
pemakanan dan berkesan dalam mengurangkan keradangan serta menyokong fungsi
sistem saraf dan mata.
Shaklee OmegaGuard™ ialah suplemen pemakanan yang
mengandungi minyak ikan. Satu sajian OmegaGuard™membekalkan 1000mg
asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol
Kod Produk:11006
(60 tablet)
Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan
kolesterol oleh tubuh.
- Mengandungi
bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80
kajian, berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL secara semula jadi
- Dirumus
daripada campuran sterol & stanol
- Membekalkan
2,000mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan
Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
Kesihatan Pencernaan
Kod Produk:11007
(120 tablets)
Herb-Lax Shaklee mengandungi adunan pelbagai herba yang sering digunakan
secara tradisional untuk melegakan sembelit dan melancarkan fungsi usus.*
Herb-LaxTM bertindak secara lembut bagi membantu anda menangani masalah
pembuangan air besar yang mungkin dialami sekali-sekala.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang berisiko
menghidap lupus eritematosus sistemik hendaklah berbincang dengan doktor mereka
sebelum mengambil produk ini.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Segar dan Melegakan
Kod Produk:10126
(90 tablets)
Halia adalah herba yang sangat berkesan untuk menyihatkan saluran
pencernaan dan melegakan ketidakselesaan perut secara semula jadi.
Pudina pula adalah herba yang dapat melancarkan sistem pencernaan serta
berkesan untuk melegakan dan menyelesakan perut.
Shaklee Peppermint-Ginger Plus bertindak melegakan dan menenangkan perut
anda dengan khasiat semula jadi pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis.
Tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan ke dalam air mendidih untuk dijadikan
minuman herba asli.
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sokongan Imun
Satu-satunya suplemen hasil penyelidikan pakar imun terkemuka, Dr. Yasuhiko
Kojima.
Kod Produk:10250
(30 pek x 1.2 g)
Hasil Penyelidikan Melebihi 40 Tahun
Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas menjalankan pelbagai
penyaringan, uji kaji dan penilaian terhadap ribuan sebatian dan lebih 200
herba yang berlainan.
Nutriferon® mengandungi campuran proprietari ekstrak tumbuhan semula
jadi daripada biji labu, benih plantago, bunga bebuas Jepun dan bunga kesumba.
Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan
atau mencegah sebarang penyakit.
Kesihatan Hati
Kod Produk:10330
(90 kaplet)
Shaklee DTX™ Complex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak
aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan
articok.
- Digunakan
secara tradisional sebagai tonik hati*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Kesihatan Wanita
Minyak Borej, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E
Kod Produk:10620
(60 kapsul)
GLA Complex Shaklee menggabungkan khasiat minyak borej, yang mengandungi
asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan
vitamin E.
Ia mencergaskan tubuh dan membantu anda berasa lebih selesa semasa haid:
Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan
kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan
melegakan simptom-simptom menopaus.*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Tidak boleh diambil oleh wanita
hamil
Nutrisi Kanak-kanak
Kod Produk:20321
(544 g)
Hidangan lazat, berkhasiat dan mudah disediakan yang pasti digemari oleh
seisi keluarga:
- Sarapan
segera penuh berkhasiat
- Sajian
yang lazat, murah dan cepat disediakan
- Makanan
segera untuk dinikmati oleh semua
- Snek
yang sungguh sedap dan boleh diambil pada bila-bila masa
- Sajian
ideal yang rendah kolesterol, lemak dan natrium
Shaklee Meal Shake merupakan sumber protein yang lengkap dengan
penambahan vitamin dan mineral. Ia membekalkan sembilan asid amino dalam nisbah
yang seimbang untuk kesejahteraan tubuh anda dan amat diperlukan dala
Di samping itu, Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino
asli yang terdapat di dalam protein, termasuk asid amino perlu dan tidak perlu.
Nutrisi Sukan
Minuman Penghidratan Tulen
Kod Produk:11002
(539 g)
Memuaskan Dahaga Para Juara
Penyahhidratan merupakan faktor utama yang sering mengakibatkan kelesuan
dan menjejaskan prestasi atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal
mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu,
Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak
tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.
Rumusan elektrolit proprietari OPTI-LTYE™ dengan campuran unik
karbohidrat kami bertindak pantas untuk memberikan tenaga serta-merta yang
berkekalan serta merangsang penghidratan optimum.
Terbukti secara Klinikal
- Ujian
makmal terhadap atlet cemerlang menunjukkan bahawa Performance Shaklee
membekalkan spektrum elektrolit yang menyeluruh, termasuk kalsium dan
magnesium (ciri unik yang tidak dimiliki oleh jenama terkemuka)
Ambil yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik
- Dengan
formula yang terbukti secara klinikal dapat meningkatkan prestasi anda,
membantu anda menjalani latihan lebih lama dan mengembalikan tenaga dengan
lebih cepat, Shaklee Sports Nutrition adalah pilihan bijak untuk
memberikan apa yang tubuh anda perlukan sebelum, semasa dan selepas
latihan.
Jaminan Ketulenan Shaklee
- Tidak
mengandungi perisa tiruan, pemanis atau pengawet
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Penjagaan Berat Badan
Tingkatkan Tenaga Anda
Kod Produk:20345
(28 pek)
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati
dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia
bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping
meningkatkan kesihatan keseluruhan.
- Rangsangan
tenaga secara semula jadi dan selamat
- Sedap
diminum, sama ada panas atau sejuk
- Alternatif
terbaik kepada snek manis dan kopi
- Cepat
bertindak untuk meningkatkan tenaga
- Bungkusan
berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Cinch® Shake Mix
Kod Produk:17023
(Cafe Latte), 17021 (Vanila), 17022 (Coklat)
Kekalkan kepejalan otot dan pastikan anda sentiasa kenyang dan selesa
dengan Cinch® Shake Mix yang sungguh lazat dan berkhasiat tatkala anda
menurunkan berat badan.
- Padat
dengan protein agar anda sentiasa berasa kenyang dan selesa
- Tinggi
serat, iaitu enam gram bagi setiap sajian
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat,
menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



























Tiada ulasan:
Catat Ulasan